top of page

TERMA DAN SYARAT (SILA BACA SEBELUM MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN)


1. PROSES MENEMPAH

1.1 Anda akan diberikan maklumat yang diperlukan untuk membuat tempahan.

1.2 Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan.

1.3 MAKLUMAT YANG TIDAK LENGKAP AKAN MENYEBABKAN PROSES TEMPAHAN MENJADI LEWAT UNTUK DISIAPKAN.

1.4 Maklumat yang lengkap hendaklah di hantar semula kepada pihak kami.

1.5 Untuk peta lokasi majlis, hanya lakarkan dan snap gambar lakaran itu.Hantar lakaran peta lokasi berserta dengan maklumat yang lain.

1.6 Untuk produk yang berserta gambar, sila pastikan gambar yang diberi jelas dan bersesuaian dengan design produk tersebut.


2. PEMBAYARAN

2.1 Setiap tempahan akan dikenakan caj pendahuluan sebanyak RM50.00 atau 50% dari jumlah tempahan.

2.2 PROSES TEMPAHAN TIDAK AKAN DIPROSES JIKA TIADA PEMBAYARAN PENDAHULUAN DIBUAT.

2.3 Sila buat pembayaran ke nombor akaun ini
   
- MAYBANK 569963036261 NURJANNAH PRINTING SERVICES

 

2.4 Selepas membuat pembayaran sila snap gambar slip atau screen shot bukti pembayaran dan hantar kepada pihak kami untuk rujukan.


3. PROSES DRAFT

3.1 Proses draft akan dimulakan setelah pihak kami menerima pendahuluan dan maklumat yang lengkap.

3.2 Tempoh draft disiapkan 7 hari (waktu bekerja) untuk kuantiti 500 pcs keatas dan 3 hari (waktu bekerja) untuk kuantiti bawah 300 pcs dan                  bergantung pada kesulitan tempahan.

3.3 Draft yang sudah disiapkan akan dihantar kepada pelangan untuk semakan.

3.4 SILA SEMAK DENGAN TELITI DRAFT YANG DIBERIKAN.

3.5 Jika draft mempunyai pembetulan atau perubahan, diminta segera memberitahu pihak kami untuk diedit semula.

3.6 Pembetulan atau perubahan draft tidak dikenakan caj tambahan.

3.7 Untuk mengelakkan kelewatan proses draft, pelangan hendaklah mengemukakan sebarang pembetulan hanya untuk beberapa kali sahaja.

3.8 PEMBATALAN TEMPAHAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM DRAFT DISIAPKAN. JIKA PEMBATALAN SELEPAS DRAFT DISIAPKAN,                        PENDAHULAN BAYARAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN.


4. PENGESAHAN TEMPAHAN

4.1 Setelah draft yang diterima tiada kesalahan, pelangan hendaklah membuat pembayaran baki.

4.2 SILA PASTIKAN ANDA SUDAH MENGESAHKAN DRAFT YANG DIBERIKAN SEHINGGA TIADA LAGI PEMBETULAN SEBELUM MEMBUAT              PEMBAYARAN BAKI.

4.3 Proses cetakkan akan diproses selepas pembayaran baki dilakukan.

4.4 PEMBAYARAN BAKI BERMAKSUD PELANGAN SUDAH MENGESAHKAN DRAFT YANG DIBERI. SEBARANG KESILAPAN SELEPAS                                MENGESAHKAN DRAFT ADALAH TANGGUNGJAWAB PELANGAN.


5. PROSES CETAKAN

5.1 PROSES CETAKAN TIDAK AKAN DIPROSES JIKA BAKI TEMPAHAN TIDAK DIJELASKAN.

5.2 Tempoh proses cetakan disiapkan 7 hari (waktu bekerja) untuk kuantiti 500 pcs keatas dan 4 hari (waktu bekerja) untuk kuantiti bawah 300 pcs

      dan bergantung pada keadaan semasa (Mesin dan kepadatan tempahan)


6. TEMPAHAN SIAP DAN PENGHANTARAN

6.1 Pelangan akan diberitahu jika tempahan sudah disiapkan untuk diambil di kedai kami atau untuk penghantaran

6.2 Penghantaran biasa pihak kami menggunakan perkhidmatan courier yang telah ditetapkan.

6.3 Perkhidmatan syarikat penghantaran lain juga boleh digunakan dan caj yang berlainan akan dikenakan.

6.4 Produk tempahan yang dihantar adalah dalam keadaan baik. Pelangan diingatkan supaya hanya menerima barang semasa keadaan cuaca yang baik.

6.5 Nombor tracking akan diberikan selepas penghantaran dibuat.

CARA TEMPAHAN

(Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi whatsapp)

1. Lengkapkan maklumat 

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN :

 

1.Beri maklumat dibawah ini :

-Nama singkatan pengantin

-Nama bapa/waris pengantin

-Nama ibu/waris pengantin

-Nama pengantin perempuan

-Nama pengantin lelaki

-Tarikh majlis

-Alamat lokasi majlis

-Aturcara majlis(Jamuan Makan Bersanding)

-Turut Mengundang

-No. untuk dihubungi

-Kod design kad kahwin

-Kuantiti kad yang ditempah

-Saiz kad yang ditempah

​

2.Detail tempahan produk lain

-Nama produk

-Kod design

-Kuantiti

​

3.Detail penghantaran(jika ada)

-Nama

-Alamat

-No.Tel

 

(buat dua salinan jika untuk 2 pihak)
#hanya copy/edit/paste

 

* SILA SERTAKAN SEKALI LAKARAN PETA LOKASI

© 2023 BY FREE LINE CREATIVE STUDIO. PROUDLY MADE BY WIX.COM

bottom of page